Wednesday, November 6, 2013

From Utara with Love...

Hai semua..

            Baru-baru ni saya ke Penang pulak..atas urusan ap, itu rahsia....ngeeee...antara yang menarik kat Penang ni (bagi saya lah)...makanan dy memang best..char kuew teow, sotong kangkung, jeruk, pasembur, nasi kandar....pendek kata, semua sedap2 belaka..huih..kecur air liur bila ingat balik..mmg sedap...tapi nk balun semua sekali dalam satu hari, memang tak sempat....

          Dari tanah besar Penang ke pulau...kenalah naik feri ataupun Jambatan Pulau Pinang... Tapi kalau lalu jambatan kurang feel sikit sebab sama macam travel atas highway...Tambang untuk naik feri tak mahal..kemudahan seperti toilet, safety jacket, tempat duduk..semua disediakan....Untuk yang berkenderaan pun boleh bawa bersama kenderaan anda....

         Sampai di jeti sebelah pulau, kenderaan awam seperti bas, (rapid penang) dan teksi ada di sediakan... Saya lebih prefer bas sebab utama lebih murah dan kita dapat tengok persekitaran dengan lebih aman....staf Rapid Penang sangat ramah dan sangat membantu para pelancong...jadi, tak perlu risau nk bertanya kepada mereka..sangat 'friendly'..mereka akan membantu kita untuk sampai ke destinasi yang hendak kita tuju...Jutaan terima kasih dan syabas kepada semua staff Rapid Penang...Goodjob!!!!!

      Jom mengembara ke Penang...confirm korang semua akan puas hati dengan makanan, cenderahati, orang-orang Penang, kemudahan dan segalanya di sana...Kemaskan beg dan mengembara.....Jom!!

Sunday, September 29, 2013

sunset di taman UTP

Salam buat semua..

Dah lama sangat xpost pape dalam blog ni. Dah tiba masanya untuk kembali aktif sebab dh ad masa nk travel dan update blog. Sikit sebanyak saya akan kongsi beberapa tempat yang agak menarik untuk korang semua lepak2 dan bersantai. Maybe boleh korang semua sedikit inspirasi atau idea nak buat aktiviti.

     Kali ni nak ajak ke Seri Iskandar,Perak. Mungkin ada yang xperasan ada kawasan yang menarik kat sini. Memang cantik. Ada tasik buatan dan trek jogging. Nak buat tempat shooting gambar pun sesuai sangat. Pendek kata korang kena singgah tengok tempat ni. Memang cantik dan menenangkan. Bagi yang nak sihatkan badan, bolehlah datang berjogging kat sini. Let's go and enjoy the place.